Jangan persoal keputusan Agong lantik Muhyiddin

Muka hadapan Sinar Harian hari ini.
Muka hadapan Sinar Harian hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Semua pihak diminta tidak mempersoal ketetapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pelantikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Pakar perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, ini kerana dalam perlembagaan Seri Paduka mempunyai kuasa yang amat luas dalam budi bicara melaksanakan fungsi melantik Perdana Menteri.

"Dalam Perkara 43(2) (a) disebut bahawa Yang di-Pertuan Agong melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang 'pada hematnya mungkin' mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

"Perkataan 'pada hematnya' dan perkataan 'mungkin' menggambarkan betapa luasnya budi bicara Seri Paduka Baginda.

"Ketetapan Seri Paduka Baginda tidak boleh dipersoal dan dirayu. Perkara 40(2) secara jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi termasuklah dalam melantik Perdana Menteri," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Muhammad Fathi yang juga Felo Penyelidik Undang-Undang dan Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, rakyat juga sudah bosan dengan polemik dan pergolakan politik.

Katanya, rakyat mahukan pentadbiran yang lancar bagi memacu pembangunan negara.

"Seri Paduka Baginda telah membuat keputusan yang jelas. Oleh itu, dinasihatkan agar semua pihak menerima dengan hati yang lapang dan tidak mempersoal ketetapan itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan diperkenan Yang di-Pertuan Agong dalam satu kenyataan dikeluarkan Datuk Paduka Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin sebentar tadi.

Menurut Ahmad Fadil, Istana Negara hari ini telah menerima senarai pencalonan nama bakal Perdana Menteri daripada ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan ahli Dewan Rakyat yang bebas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!