Islam tidak galakkan kahwin lewat

Dalam Islam, perkahwinan antara lain adalah untuk membina sebuah keluarga dan melahirkan zuriat bagi meramaikan bilangan umat Islam. Gambar kecil: Azizah
Dalam Islam, perkahwinan antara lain adalah untuk membina sebuah keluarga dan melahirkan zuriat bagi meramaikan bilangan umat Islam. Gambar kecil: Azizah
A
A
A

SHAH ALAM - Berkahwin lewat tanpa alasan yang baik adalah sesuatu tindakan yang tidak digalakkan dalam Islam.

Pensyarah Undang-undang Keluarga Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Madya Dr Azizah Mohd berkata, melainkan tindakan tersebut adalah kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti tidak berkemampuan atau tidak bertemu jodoh.

Katanya, dalam Islam, perkahwinan antara lain adalah untuk membina sebuah keluarga dan melahirkan zuriat bagi meramaikan bilangan umat Islam.

Azizah berkata, ia selari dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Anas bahawa sesungguhnya Nabi (SAW) memerintahkan supaya berkahwin dan melarang membujang dengan larangan yang keras dan bersabda kahwinilah perempuan yang mencinta (berkasih sayang) dan boleh mempunyai banyak keturunan kerana sesungguhnya aku akan bangga bersama kamu di hadapan nabi-nabi pada hari kiamat nanti. (HR Ahmad – terjemahan daripada al-Shawkani; Nayl al-Autor).

“Berdasarkan kepada matlamat perkahwinan dan hadis di atas, kahwin lewat tanpa alasan yang baik adalah sesuatu tindakan yang tidak digalakkan melainkan tindakan tersebut adalah kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti tidak berkemampuan atau tidak bertemu jodoh.

“Ini kerana kahwin pada umur yang lewat dari segi saintifik dan perubatan mungkin mengganggu kesihatan dan kesuburan yang boleh menyumbang kepada masalah melahirkan zuriat yang ramai dan sihat,” katanya.

Secara umumnya dalam Islam, Azizah berkata, apabila menghadapi permasalahan sedemikian, seseorang itu harus bersabar, bersikap terbuka, positif dan menerimanya sebagai satu ujian serta dugaan daripada ALLAH SWT.

Di samping itu katanya, usaha-usaha untuk mengatasi permasalahan hendaklah diteruskan, contohnya mengenal pasti punca kahwin lewat dan cuba memperbetulkan sebarang kesilapan yang mendorong kepada permasalahan ini.

Artikel Berkaitan:

“Langkah-langkah pencegahan boleh dilakukan seperti kempen melalui media dan menganjurkan forum yang memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan kahwin awal.

“Kerajaan juga boleh mengambil inisiatif menubuh atau membantu agensi-agensi mencari jodoh untuk menggalakkan mereke mencari pasangan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilema 5 juta bujang senja Malaysia

Lebih 1 juta wanita Selangor 30 tahun ke atas masih bujang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!