'Muhyiddin khianati persaudaraan, kesetiaan'
ALOR SETAR - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkhianati persaudaraan yang terjalin sejak mereka saling mengenali.
Menurut Mukhriz, tindakan Presiden Bersatu itu juga dianggap mengkhianati kesetiaan yang diberikan ahli parti terhadap beliau.
“Kini apabila nafsu mengatasi prinsip, kesetiaan dan persaudaraan dikhianati,” tulis beliau di laman Facebook Mukhriz Mahathir FC hari ini.
Dalam perkongsian sama, Menteri Besar Kedah itu mengimbas kembali peristiwa di mana beliau antara pemimpin paling awal menziarahi Muhyiddin ketika dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.
“Saya antara satu dua pemimpin UMNO tahun 2015 yang menziarahi Muhyiddin apabila Najib memecatnya sebagai TPM kerana mempersoalkan dana RM2.6 bilion yang masuk akaun peribadi Najib,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri kelapan
Dipecat, bangun semula dan kini PM ke-8
Muhyiddin bukanlah PM sebenar, kata Dr Mahathir
Agong enggan jumpa saya lagi - Tun Mahathir
Jangan persoal keputusan Agong lantik Muhyiddin
Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.Seri Paduka Baginda memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!