Bapa diusung hadiri majlis perkahwinan anak
JAKARTA - Pernikahan bukan hanya momen istimewa bagi mempelai, tetapi momen indah buat ibu bapa.
Seperti yang dialami seorang bapa dari Sukabumi Jawa Barat, meskipun kesihatannya tidak mengizinkan dia tetap hadir menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya dengan menaiki ambulans dari hospital.
Perkongsian tersebut didedahkan di Twitter @qwanokuni dengan menyatakan si bapa secara tiba-tiba jatuh sakit sebelum majlis pernikahan anaknya dan perlu menerima rawatan di hospital di sini.
Menerusi Facebook pengantin lelaki dikenali Dian, bapa mentuanya sepatutnya menjadi wali buat anak perempuannya, namun semua sudah ditakdirkan.
"Bagaimanapun pada majlis perkahwinan, saya terkejut apabila bapa mentua yang terlantar sakit di atas katil sanggup datang ke majlis ini walau dalam keadaan sakit.
"Suasana sedih menyelubungi pernikahan kami, kerana kami tidak tahu dia akan hadir.
"Ada ambulans, semua terkejut apabila pembantu perubatan mengiringi bapa mentua yang berada di atas katil hospital ke majlis kami," katanya kepada Detik.
Menurutnya, pengorbanan bapa mentuanya tiada galang gantinya, demi kasih sayang dia sanggup ketepikan kesakitan demi kebahagiaan anaknya.
Dalam pada itu, kisah yang penuh menyentuh jiwa itu menarik perhatian netizen yang sehingga kini diulang kongsi sebanyak 13,600 kali dan mendapat 30,100 tanda suka.
"Perjuangan seorang bapa amat dikagumi," ciap @Ayy_only manakala ujar @dewa, "Moga si bapa diberi kesembuhan dan dilindungi ALLAH SWT."
Cerita yang mengandung bawang. pic.twitter.com/DtKHm5oFaX
— Paman Gober (@powchinki) February 25, 2020
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!