'Bagaikan Liverpool kalah mengejut 0-3, siapa sangka?'

Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan ketika kemelut politik negara meruncing dan Dr Mahathir meletak jawatan.
Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan ketika kemelut politik negara meruncing dan Dr Mahathir meletak jawatan.
A
A
A

KOTA BHARU - Pemuda Pas meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan Dr Mahathir walaupun kini beliau bukan lagi Perdana Menteri dan tidak mengeluarkan kata-kata buruk terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, jasa Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu diharap dapat dikenang, manakala tindakan yang dianggap salah dilakukan sepanjang mentadbir negara pula dijadikan pengajaran.

"Tun melakar sejarah yang jarang manusia di dunia ini boleh menandinginya, namun setiap pemimpin ada zamannya.

"Kami sayang Tun (Dr Mahathir Mohamad), kami juga sayangkan negara ini. Pada saya beliau seorang pemimpin yang berkarisma dan ada nilai yang boleh dipuji pada dirinya.

"Simpati dan kebersamaannya terhadap kerajaan pimpinan Muslim terutama di Kelantan dan Terengganu sekalipun berdepan kekangan kawan-kawan dalam Pakatan Harapan (PH) sangatlah dipuji," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari

Sementara itu, beliau turut mengingatkan bahawa perkembangan politik yang berlaku ketika ini bukanlah bermakna satu pengakhiran.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini yang dilihat sebahagian pihak sebagai penyelesaian kemelut politik negara.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Ahmad Fadhli tidak menolak kemungkinan kepimpinan baharu terpaksa berdepan dengan 'episod' yang masih panjang.

"Yang di atas jangan sangka selamanya di atas. Bagaikan Liverpool kalah mengejut 0-3 pagi ini, siapa sangka?" katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!