PKR Johor kutuk kecurangan Perikatan Nasional
JOHOR BAHRU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor mengutuk kecurangan Perikatan Nasional yang mengkhianati mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, PKR Johor berpegang teguh kepada prinsip dan tidak bersama dengan kleptokrat yang telah merosakkan negara.
"Pakatan Harapan berdiri teguh sebagai satu kerajaan yang mempunyai legitimasi untuk memerintah.
"Kita bergerak ke hadapan untuk terus berjuang pertahan mandat yang telah diberikan oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!