Ahli PKR tampar Tian Chua ditahan polis

Beberapa orang cuba menyelamatkan Tian Chua daripada diserang.
Beberapa orang cuba menyelamatkan Tian Chua daripada diserang.
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Polis telah menahan seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membantu siasatan berhubung kekecohan melibatkan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang berlaku di hadapan ibu pejabat PKR di Tropicana di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asistan Komisioner, Nik Ezanee Mohd Faizal berkata, suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan di lokasi kejadian sebaik menerima laporan daripada pegawai yang bertugas.

"Buat masa ini kita masih menahan suspek dan kita juga masih tunggu laporan daripada Tian Chua. Malah juga kita akan hubungi beliau untuk mendapatkan keterangan lanjut berhubung kejadian itu.

"Kes ini akan disiasat dibawah kanun keseksaan 147 iaitu merusuh dan hanya satu kes ketika ini," katanya kepada media di sini hari ini.

Terdahulu, keadaan di ibu pejabat PKR petang tadi kecoh apabila Tian Chua dilabelkan sebagai 'pengkhianat' dan turut serang segelintir penyokong parti yang berada di luar bangunan tersebut.

Video berhubung insiden itu juga tukar di media sosial dan mendapat liputan meluas daripada pelbagai media.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, polis juga akan sentiasa meningkatkan kawalan keselamatan setiap kali berlakunya pertemuan parti politik di sekitar Petaling Jaya yang menempatkan ibu pejabat PKR dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

"Jadi saya ini pesan dan nasihatkan penyokong daripada mana-mana parti politik supaya bersikap tenang dalam suasana politik semasa negara ketika ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN Mesyuarat PKR kecoh, Tian Chua ditampar penyokong parti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!