Cuti umum esok berita palsu

Pengisytiharan cuti umum yang tular di laman sosial.
Pengisytiharan cuti umum yang tular di laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada cuti umum pada hari esok dan penularan pengisytiharan cuti tersebut adalah palsu.

Perkara itu disahkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan hari ini.

"Jabatan Perdana Menteri dengan ini menegaskan bahawa berita yang sedang tular berkaitan pengisytiharan cuti umum pada hari Isnin, 2 Mac 2020 sempena pelantikan Perdana Menteri kelapan merupakan berita palsu," kata kenyataan itu.

Justeru semua pihak diminta berhenti menyebarkannya serta-merta.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!