OKU dijumpai mati lemas di Sungai Kampung Peijing

Farizul Anuar ditemukan polis dan penduduk di tepi Sungai Kampung Peijing kira-kira jam 11.15 malam.
Farizul Anuar ditemukan polis dan penduduk di tepi Sungai Kampung Peijing kira-kira jam 11.15 malam.
A
A
A

MARAN - Seorang lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) dijumpai mati lemas di Sungai Kampung Peijing di sini, semalam.

Mangsa, Farizul Anuar Mat Dawi, 34, ditemukan kira-kira jam 11.15 malam tadi oleh polis dan penduduk kampung yang mencarinya selepas ibunya Yang Mohamad, 66, membuat laporan di Balai Polis Maran.

Mangsa sebelum membuat laporan di Balai Polis Maran.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, mangsa juga OKU mental disedari tidak pulang ke rumah oleh ibunya pada jam 10 malam. Sebelum itu, dia ada meminta izin daripada ibunya untuk keluar minum di kedai Kampung Sentosa pada jam 5.30 petang, semalam.

“Ibunya memberikan duit dan selepas itu mangsa tidak pulang sehingga malam. Sepasukan polis Balai Polis Maran menjalankan siasatan dan pencarian. Hasil maklumat awal diterima, sebelum itu pada jam 7 malam motosikal miliknya dijumpai di tepi Sungai Kampung Peijing oleh penduduk.

“Polis bersama penduduk kampung kemudian melakukan usaha pencarian dan pada jam 11.15 malam mangsa telah dijumpai di tepi sungai dan disahkan oleh ibunya sebagai anak beliau yang dilaporkan hilang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan laporan mengesahkan punca kematian adalah lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Polis tidak menolak kemungkinan sekiranya mangsa terjun ke sungai namun siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!