Kes hanya ditangguhkan, tak gugur: Zahid

Zahid
Zahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes pecah amanah dan rasuah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sehari sehingga esok.

Menurut Ahmad Zahid dalam satu kenyataan, kesnya akan disambung semula pada 3 Mac.

"Insya-ALLAH saya akan membersihkan diri saya di mahkamah tanpa pengguguran kes.

"Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih," katanya.

Sebelum itu, Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan penangguhan oleh peguam Zahid, Hisyam Teh dan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran.

Ini disebabkan Ahmad Zahid perlu membincangkan pelantikan menteri Kabinet dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!