Pelan pendidikan: Bukti BN membazir tidak benar, kata Najib

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
A
A
A

SHAH ALAM - Kenyataan 'u-turn' yang dibuat kerajaan PH berhubung usaha BN sebelum ini untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan negara, sekali lagi menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi catatan terbaharu di laman Facebooknya, Najib tampil memberi penjelasan panjang lebar mengenai kejayaan yang telah dicapai menerusi usaha yang dilakukan itu, meskipun menerima pelbagai kritikan dan kecaman oleh pemimpin PH dan rakyat.

"Ada laporan berita lagi dua hari lalu bahawa Kementerian Pendidikan semasa kerajaan BN telah membazir RM20 juta untuk kos perunding luar negara.

"Walaupun Kementerian Pendidikan di bawah kerajaan PH telah menafikan wujudkan pembaziran keesokkan hari, saya terpanggil untuk menjelaskan sekali," katanya.

Menurut Najib, sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, kedudukan institut pengajian tinggi awam (IPTA) semakin menurun hingga mencetuskan kerisauan dan kritikan ramai.

Justeru katanya, bagi mengatasi perkara itu kerajaan BN memutuskan untuk melancarkan Program Transformasi Negara dan menggunakan RM20 juta bagi mengupah perunding terkenal dunia, Mc Kinsey &Co.

"Kerajaan BN pada masa itu dikecam sebagai bodoh, boros membazir dan sebagainya kerana mengupah perunding dari luar negara dan bukan dari dalam negara sahaja.

"Alhamdulillah. Akhirnya pelan kita berhasil. Yuran pelajar juga tidak pernah dinaikkan dan prestasi IPTA-IPTA kita terus meningkat.

Artikel Berkaitan:

"Ini jelas menunjukkan kritikan pembaziran dan kecaman terhadap kita (BN) yang menjalankan pembaharuan dan transformasi pendidikan negara pada masa dahulu tidal berasas" katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!