Tendang motosikal: Pegawai ILP diberi cuti seminggu

Tindakan tidak profesional seorang pegawai tinggi di ILPKB mengundang kecaman netizen
Tindakan tidak profesional seorang pegawai tinggi di ILPKB mengundang kecaman netizen
A
A
A

KOTA BHARU – Pegawai tinggi di Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, Pengkalan Chepa yang terlibat dalam insiden menendang motosikal semalam diberikan cuti seminggu berkuat kuasa hari ini.

Pengarahnya, Zainudin Ahmad berkata, tindakan tersebut dilakukan susulan bagi memberi peluang pegawai tersebut berehat dan meredakan keadaan selepas kejadian yang berlaku semalam.

“Saya berikan dia cuti seminggu untuk tempoh bertenang dan kita akan panggil dia dalam masa terdekat ini selepas perbincangan dilakukan di peringkat tertinggi.

“Dia seorang kakitangan yang baik, peramah dan sangat komited dan bertanggungjawab dalam setiap tugasan yang dilakukan. Saya yakin dia faham dengan keputusan ini,” katanya kepada media di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sepak motosikal: ILP Kota Bharu mohon maaf]

Menurutnya ILP Kota Bharu juga memaklumkan pihaknya akan bertanggungjawab di atas segala kerosakan yang berlaku pada motosikal yang terlibat dan berharap pemilik mahupun keluarga berkenaan tampil untuk membuat perbincangan lanjut.

“Kepada pemilik atau keluarga mereka yang terlibat semalam bolehlah datang jumpa saya untuk kita bincang dan selesaikan masalah ini dengan baik. Kita neutralkan apa yang telah berlaku, Insya-ALLAH, kita akan bayar ganti rugi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!