Adakah rakyat Malaysia masih berbudi bahasa?

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

BUDI bahasa budaya kita merupakan satu slogan kebanggaan negara kita.

Budi bahasa ialah norma kehidupan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan santun perkataannya dan indah pertuturannya.

Namun pada hari ini, adakah masyarakat Malaysia masih lagi terkenal dengan tinggi pekertinya dan mulia sifatnya?

Ini kerana pada hari ini, tohmahan, fitnah dan kata-kata kesat diguna secara meluas tanpa segan silu.

Kepesatan perkembangan teknologi telah menjadikan kita hilang budi bahasa yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Di media sosial, setiap orang langsung tidak hiraukan pendapat dan perasaan orang lain apabila hendak mengatakan sesuatu perkara.

Manusia menjadi kurang ajar apabila ia miskin adab dan tidak lagi menghormati orang lain.

Semalam, sekurang-kurangnya lima laporan diterima berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang dimuat naik di media sosial setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini tiga orang telah ditahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan iaitu kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Merak Jalanan menasihatkan rakyat Malaysia agar menjaga adab dan sopan santun serta menggunakan media sosial untuk membuat komen negatif dan biadab terhadap orang lain.

Selepas sekian banyak penghinaan begini terjadi, Merak Jalanan berasakan memang sudah sampai masa hukuman lebih keras dikenakan terhadap individu yang tiada adab ini.

Tepuk dada tanya akal kita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!