Latheefa tidak dapat beri keterangan, berlaku kesilapan dalam sepina

Latheefa -Foto Bernama
Latheefa -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Latheefa Koya tidak dapat memberi keterangan di Mahkamah Tinggi hari ini ekoran ada kesilapan dalam sepina terhadapnya dan hanya dapat berbuat demikian pada Khamis ini.

Terdahulu, peguambela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjelaskan kepada mahkamah bahawa terdapat kesilapan dalam sepina terhadap Latheefa dan berkata dia hanya boleh memberi keterangan pada hari yang lain.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian membenarkan Latheefa untuk memberi keterangan pada Khamis ini.

Latheefa antara saksi yang sedia dipanggil pihak pembelaan bagi perbicaraan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyalahgunaan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Semalam di akhir perbicaraan, Ketua Pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee ada memberitahu mahkamah bahawa Latheefa dan bekas Penasihat Undang-undang MIC, Datuk Selva Mookiah adalah dua saksi yang akan dipanggil.

Pihak pembelaan mahu memanggil Latheefa untuk memberi keterangan berkenaan pendedahan SPRM pada 8 Januari lalu berhubung rakaman audio perbuatan yang didakwa melibatkan tertuduh dengan beberapa individu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd membabitkan tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dana SRC.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!