Kembali bangkit, Haziq bakal keluar single pertama
Haziq
A
A
A
“Alhamdullilah keadaan saya sekarang makin baik setelah berapa bulan berehat di rumah.
“Sepanjang tempoh itu, banyak pengajaran yang saya dapat selain sentiasa bermuhasabah diri.
‘Saya sedar, hidup ini kena ada limit dalam apa pun yang dilakukan termasuk untuk keluar dengan kawan-kawan,” katanya kepada Sinar Harian.
Bangkit kembali untuk meneruskan kerjaya seninya, Haziq bakal muncul dengan single pertamanya pada bulan Jun depan selepas lebih setahun bergerak solo.
Haziq atau nama penuhnya Muhammad Haziq Hasbullah, 20, ketika dihubungi berkata, dia masih mengekalkan genre balad moden untuk single solonya itu.
“Konsepnya nanti lebih kurang macam lagu kedua bersama Putera Band dulu, lagu Tersiksa dan peciptanya juga masih orang yang sama, Haqiem Rusli.
“Saya memang suka genre sebegitu, tambahan pula lagu-lagu hasil ciptaan Haqiem Rusli memang sesuai dengan saya.
“Harap peminat bersabar menantikan comeback saya untuk single solo ini,” ujarnya.
Haziq sebelum ini terlibat dalam kemalangan ketika membonceng motosikal bersama rakannya di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 5 Julai tahun lalu sehingga menyebabkan kaki kanan cedera teruk akibat salur darah putus.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!