Kerajaan Kelantan belum bincang isu tawaran kepada ADUN UMNO

Ahmad ketika ditemui pemberita ketika ditemui di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra di Nilam Puri, di sini, hari ini.
Ahmad ketika ditemui pemberita ketika ditemui di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra di Nilam Puri, di sini, hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob berpandangan, adalah terlalu awal untuk kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di Kelantan berhubung cadangan tawaran bagi menyertai barisan kepimpinan di negeri berkenaan.

Ahmad berkata, cadangan untuk pelantikan tersebut adalah sesuatu yang terlalu awal untuk dibincangkan.

"Buat masa ini terlalu awal lagi. Walaupun begitu, apa yang mahal ialah perpaduan dan ukhwah. Insya-ALLAH, kita akan bincang, sehingga ini terlalu awal untuk kita nyatakan sebab pimpinan di peringkat pusat iaitu Perikatan Nasional pun masih belum menurunkan apa-apa keputusan kepada kita,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra di Nilam Puri, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan menuntut sebarang jawatan dalam kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin Pas.

Beliau juga berharap ahli parti itu tidak membincangkan perkara tersebut di peringkat akar umbi kerana yang penting ketika ini adalah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!