Juru andam tiup asap ke wajah pengantin

Juruandam menghembus asap di wajah pengantin perempuan selepas selesai tata rias wajah tular di laman sosial. - Foto Tribun News
Juruandam menghembus asap di wajah pengantin perempuan selepas selesai tata rias wajah tular di laman sosial. - Foto Tribun News
A
A
A

JAKARTA - Teknik menghembus asap ke wajah pengantin perempuan yang dilakukan oleh juru andam menjadi bualan hangat netizen di Jakarta Indonesia.

Profesor Sains Kebudayaan dari Universiti Sebelas Maret (UNS) Surakarta, Profesor Dr Bani Sudardi M Hum berkata, amalan itu adalah sebahagian daripada kebudayaan masyarakat Jawa.

Beliau berkata, apa yang tular di laman sosial sejak akhir-akhir ini adalah sebahagian daripada tradisi kebudayaan orang Jawa dalam perarakan siri perkahwinan bernama 'Sembogo'.

"Perkataan sembogo atau sembaga diambil daripada warna kulit Jawa yang ideal yang berwarna kuning keemasan.

"Memiliki kulit yang baik, menurut tradisi Jawa adalah campuran emas dan tembaga.

"Tradisi sembogo dilakukan untuk mencantikkan si pengantin dan mengindahkan wajahnya ketika majlis perkahwinan," kata Dr Bani ketika dihubungi Tribun News.

Menurutnya, budaya tersebut telah dilakukan oleh masyarakat Jawa sejak berabad lamanya.

"Tidak diketahui bila budaya ini bermula namun apa yang pasti ia sudah berabad lamanya. Budaya mencantikkan diri sendiri dapat dilihat di candi-candi di Pulau Jawa.

Artikel Berkaitan:

"Jika menggunakan sembogo ini, wajahnya berbeza bagaikan bidadari. Namun apa jua yang kita lakukan, perlu berdoa kepada Tuhan agar semuanya berjalan lancar," kata Bani.

Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan juruandam menghembus asap rokok di wajah pengantin perempuan hingga menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Juruandam melakukannya beberapa kali dan sehingga kini video berkenaan meraih 1.48 juta tontonan sejak dimuatnaik di Instagram @zickhardy.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!