'Penjawat awam diberi peringatan'

Suriani (tengah) ketika bergambar bersama para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada majlis APC Kementerian Komunikasi dan Multimedia Tahun 2019 di MAEPS hari ini. Foto: Bernama
Suriani (tengah) ketika bergambar bersama para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada majlis APC Kementerian Komunikasi dan Multimedia Tahun 2019 di MAEPS hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

SERDANG- Penjawat awam harus berhati-hati dalam menyebar sebarang maklumat kepada orang ramai, dan memastikan bahawa apa yang disebarkan itu adalah fakta, bukannya tohmahan semata-mata yang tidak dipastikan kesahihannya, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Suriani Ahmad.

Beliau berkata, penjawat awam yang didapati berpihak atau mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan pekeliling dan garis panduan yang sudah dikeluarkan, boleh dikenakan tindakan.

"Memang ada pemantauan, jika ada perkara yang memberikan indikasi bahawa dia (penjawat awam) mempunyai kecenderungan terhadap sesuatu pihak. Jadi mereka harus berhati-hati dan tidak menyatakan secara terbuka pendirian terhadap mana-mana pihak sekalipun," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 KKMM di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini hari ini.

Suriani berkata, penjawat awam harus memberikan komitmen yang tinggi, tanpa mengira siapa yang menerajui pentadbiran negara. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!