Tahan sakit jari tertusuk paku

Keadaan jari mangsa yang tertusuk paku.- Foto Ihsan Bomba
Keadaan jari mangsa yang tertusuk paku.- Foto Ihsan Bomba
A
A
A

JASIN - Seorang lelaki warga Myanmar menahan sakit hampir setengah jam sebelum paku yang menusuk jari manis tangan kanannya dikeluarkan oleh anggota bomba di sebuah kilang membuat cermin di Jasin, Melaka petang semalam.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nizam Yom berkata, dua anggota bersama sebuah ambulan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan ( EMRS) ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.51 petang.

Katanya, mangsa seorang pekerja am berusia berusia 26 tahun itu sedang melakukan kerja pemasangan sebelum terkena paku berkenaan.

“Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit untuk mengeluarkan paku dari jari mangsa.

"Gerudi saiz kecil digunakan untuk membuatkan lubang pada papan keliling paku terbabit sebelum mencabut papan pada paku," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, operasi dijalankan di dalam sebuah bilik di Hospital Jasin, Melaka.

“Operasi tamat pada 7.40 malam tadi dan mangsa menerima rawatan di hospital itu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!