Tular Madinah lengang: Baca apa kata pemuda ini...

Paparan Facebook Najmi menarik perhatian ramai terutama dalam penularan beberapa gambar Madinah lengang akibat Covid-19.
Paparan Facebook Najmi menarik perhatian ramai terutama dalam penularan beberapa gambar Madinah lengang akibat Covid-19.
A
A
A

MADINAH - "Duk viral Madinah lengang. Tang mananya?” soal seorang pemuda kepada seorang kawan ketika duduk menanti iqamat dilaungkan di Madinah.

Itu perkongsian pemilik akaun Facebook Najmi Farisham yang menafikan penularan beberapa gambar di laman sosial tentang Madinah lengang gara-gara Covid-19.

Beliau juga dari pelajar Islamic University of Madinah mengakui ketika ini, Arab Saudi menggantung kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah di Makkah dan melawat Masjid Nabawi, Madinah, untuk sementara waktu bagi mengawal dan mengekang jangkitan virus Covid-19.

"Cuma tak usahlah bombastik sangat ayatnya sampai orang bayangkan Madinah dah betul-betul kosong. Buat biasa-biasa sudahlah.

Gambar-gambar dikongsikan Najmi di laman sosial Facebook miliknya membuktikan dakwaan Madinah lengang adalah tidak benar.
Gambar-gambar dikongsikan Najmi di laman sosial Facebook miliknya membuktikan dakwaan Madinah lengang adalah tidak benar.

"Sebetulnya tak adalah kosong terus macam dalam gambar yang tersebar itu. Jemaah masih ada cuma tak adalah ramai dan sesak seperti musim biasa.

"Penduduk setempat pun ramai yang ada datang solat dan berpiknik di dataran. Universiti tempat kami belajar ini, pelajarnya mencecah 20 ribu orang semuanya. Boleh jadi separuh daripadanya datang solat setiap 5 waktu. Jadi nak kata kosong itu, sangatlah tidak logik," jelasnya.

Tambah Najmi, orang ramai tidak perlu mencetuskan kebimbangan atau panik sebaliknya perlu atasi isu sedemikian dengan tenang.

Artikel Berkaitan:

"Peraturan ini diketatkan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan semua pihak, sama ada rakyat mereka mahupun jemaah negara lain. Nyawa insan, semuanya penting. Tiada konspirasi murahan yang boleh dikaitkan.

Gambar-gambar dikongsikan Najmi di laman sosial Facebook miliknya membuktikan dakwaan Madinah lengang adalah tidak benar.
Gambar-gambar dikongsikan Najmi di laman sosial Facebook miliknya membuktikan dakwaan Madinah lengang adalah tidak benar.

"Sebagai bukti, saya ada tangkap gambar suasana malam tadi. Dari sebelum solat, ketika nak solat dan selepas solat. Masih meriah dan ramai yang ada. Saf dalam masjid pun penuh. Sampaikan isteri kata dia terpaksa solat atas lantai marmar sebab tak sempat berebut masuk saf atas karpet.

"Setakat duduk sini, ada satu masa ja jemaah di Masjid Nabawi betul-betul berkurang, saf depan pun banyak kosong. Iaitu masa perjalanan haji 8, 9, 10, 11, 12 Zulhijjah," ujarnya.

Menariknya posting tersebut membuatkan ruang komen Najmi dibanjiri pendapat dan maklum balas dari netizen.

Kata Hajah Salmah, "Info haruslah tepat kerana ini soal ibadah, kalau info tidak tepat akan menjejaskan perasaan jemaah yang sudah bersiap sedia nak pergi dan yang berhajat untuk pergi. Perasaan sedih berlegar-legar dalam hati. Jadi sebelum post gambar atau maklumat mengenai haji dan umrah, pastikan info itu adalah tepat. Kita berdoa agar semua masalah dapat diselesaikan dengan baik. Insya-ALLAH."

Gambar-gambar dikongsikan Najmi di laman sosial Facebook miliknya membuktikan dakwaan Madinah lengang adalah tidak benar.
Gambar-gambar dikongsikan Najmi di laman sosial Facebook miliknya membuktikan dakwaan Madinah lengang adalah tidak benar.

Tambah Sheina Hassan pula menzahirkan ucapan terima kasih kepada Najmi di atas maklumat tersebut kerana sangat membantu buat rakyat Malaysia dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Baru-baru ini, tular penyebaran beberapa foto dan video berkenaan suasana ‘lengang’ di sekitar Masjid Nabawi disebabkan wabak virus Covid-19.

Perkara ini telah mencetus kebimbangan terhadap ramai pihak termasuk jemaah Haji dan umrah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!