Laluan alternatif Putrajaya-Salak Tinggi dibuka hujung bulan ini

Shahabuddin (kanan) bersama Amirudin (dua dari kanan) berbincang sesuatu sewaktu lawatan tapak berkenaan. Foto: Ihsan Pejabat MB
Shahabuddin (kanan) bersama Amirudin (dua dari kanan) berbincang sesuatu sewaktu lawatan tapak berkenaan. Foto: Ihsan Pejabat MB
A
A
A

SEPANG - Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor memaklumkan laluan alternatif sepanjang 1.7 kilometer dari Putrajaya ke Salak Tinggi akan mula dibuka kepada orang ramai bermula hujung bulan ini.

Ketua Pengarahnya, Shahabuddin Mohd Muhaiyidin berkata, pembukaan laluan baharu itu membolehkan penduduk di sekitar Dengkil menikmati infrastruktur yang lebih baik.

"Projek pembinaan laluan alternatif ini bermula pada 23 Oktober 2017 lalu dan berjaya disiapkan lebih awal daripada tempoh masa ditetapkan," katanya seperti dipetik portal Selangorkini.

Hadir sama sewaktu Program Lawatan Kerja Menaik Taraf Persimpangan FT29/FT31 itu adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Mengulas lanjut, Shahabuddin berkata, pembinaan laluan itu membabitkan jejambat sepanjang 120 meter merentasi persimpangan Dengkil-Kajang, menaik taraf lampu isyarat dan lampu jalan dengan kos keseluruhan RM70.471 juta.

"Pelaksanaan projek ini akan meningkatkan aspek keselamatan jalan raya dan mengurangkan kesesakan lalu lintas selain memberi impak besar kepada sektor ekonomi serta sosial," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!