Covid-19: Aksi separuh akhir Juventus bertemu Milan tangguh
ROM- Saingan separuh akhir yang dijadual berlangsung pada Rabu ditangguhkan ekoran kebimbangan wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.
Perlawanan Coppa Italia itu sepatutnya diadakan di Stadium Allianz di Turin, ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian, umum penganjur dalam satu kenyataan.
Pada Selasa, agensi perlindungan awam Itali mengumumkan jumlah kematian akibat Covid-19 di negara itu meningkat kepada 79 orang.
Di seluruh dunia kadar kematian akibat virus itu kini berjumlah 3,071, dengan lebih 89,000 orang lagi dijangkiti.
Penularan virus maut itu menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada minggu lalu meningkatkan tahap risiko global kepada "sangat tinggi."-Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!