Fadiah Nadwa beri keterangan di IPD Dang Wangi
KUALA LUMPUR - Peguam yang juga aktivis Fadiah Nadwa Fikri hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan yang berlangsung di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.
Fadiah Nadwa tiba pada jam 1 tengah hari tadi bersama tiga individu lain iaitu Nik Azura Nik Narson, Liew Liang Hong dan Wong Yan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan polis membuka siasatan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Menurutnya, polis menyiasat penganjur perhimpunan itu susulan tiada notis makluman diserahkan kepada pihak berkuasa.
"Perhimpunan itu bertujuan untuk meluahkan rasa kecewa terhadap situasi politik semasa ketika ini," katanya.
Sementara itu, Datin Paduka Marina Mahathir dan Datuk Ambiga Sreenevasan antara 14 individu yang dijangka hadir di IPD Dang wangi pada jam 3 petang ini untuk dirakam keterangan berhubung perhimpunan di hadapan sebuah pusat membeli belah, Ahad lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!