Jangan keterlaluan dan jahil dalam isu peralihan kerajaan

Ahmad Amzad Hashim
Ahmad Amzad Hashim
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menyelar pihak tertentu yang disifatkan keterlaluan dan jahil dalam isu peralihan kerajaan yang berlaku.

Beliau turut menyarankan pihak berkenaan terlebih dahulu memahami maksud rampasan kuasa atau 'kudeta'.

Menurutnya, kudeta atau rampasan kuasa adalah pengambilan kuasa yang berlaku secara tiba tiba dengan cara ganas, keras dan tidak mengikut undang undang.

"Apa yang berlaku di negara kita adalah pertelagahan dalaman Pakatan Harapan (PH) yang berakhir dengan perpecahan hingga PH tidak lagi memiliki majoriti di Parlimen sekali gus kerajaan PH runtuh apabila Tun Dr Mahathir Mohamad tiada pilihan melainkan meletakkan jawatan.

"Perikatan Nasional pula adalah gabungan pertama yang memperolehi sokongan majoriti Ahli Parlimen pada hemat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, lalu diperkenan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

"Kerajaan Perikatan Nasional mengambil kuasa secara proses demokratik serta mengikut undang undang dan Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tegas Ahmad Amzad, proses itu mengikut undang undang, perlembagaan serta aman tanpa sebarang kekerasan.

Katanya, ia juga bukan dibuat secara tiba-tiba kerana satu tempoh masa yang agak panjang diambil oleh Seri Paduka Baginda bagi menentukan kerajaan yang baharu.

Artikel Berkaitan:

"Seri Paduka Baginda telah melantik Perdana Menteri Interim, menemuduga setiap 222 Ahli Parlimen malah memanggil Mesyuarat Raja-Raja Melayu untuk mendapatkan pandangan. Seri Paduka Baginda juga menerima menghadap wakil parti-parti dari kesemua pihak.

"Pelantikan dibuat secara siaran langsung dengan istiadat pelantikan, angkat sumpah Perdana Menteri yang teratur serta dihadiri dan disaksikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan seluruh rakyat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!