Mangsa ribut kembali ke rumah

Asmuni beramah mesra dengan pelatih Akademi Bola Sepak Dun Manjoi ketika pelancarannya.
Asmuni beramah mesra dengan pelatih Akademi Bola Sepak Dun Manjoi ketika pelancarannya.
A
A
A

IPOH - Kesemua mangsa ribut yang ditempatkan di Surau Kampung Kolam, Manjoi, di sini sudah pulang ke rumah masing-masing sejak dua hari lalu.

Adun Manjoi, Asmuni Awi berkata, kerja-kerja pembaikan rumah mangsa yang terjejas masih giat dijalankan.

Katanya, bagaimanapun beberapa rumah yang tidak terjejas teruk sudahpun siap dibaikpulih.

"Kerja-kerja baik pulih rumah mereka masih diteruskan dan sekatak ini berjalan lancar. Kita terima banyak sumbangan daripada syarikat korporat berupa barang-barang keperluan untuk baik pulih rumah seperti bumbung, kayu dan sebagainya.

"Terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi membantu kerajaan melancarkan kerja-kerja baik pulih rumah penduduk," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditemui melancarkan Akademi Bola Sepak Dun Manjoi, di Padang Kampung Tengku Hussein, Manjoi, di sini.

Asmuni berkata, semua kerja-kerja baik pulih dilakukan secara gotong-royong bersama penduduk setempat.

Katanya, kontraktor juga diupah untuk membaik pulih rumah yang mengalami kerosakan serius.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini sebanyak 12 keluarga dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara memandangkan rumah mereka terjejas teruk akibat ribut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!