Sindiket penyeludupan rokok lumpuh

Rokok seludup pelbagai jenama yang dirampas dalam serbuan di Tangkak, Johor dan Balakong Selangor.
Rokok seludup pelbagai jenama yang dirampas dalam serbuan di Tangkak, Johor dan Balakong Selangor.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman menyita rokok seludup pelbagai jenama bersama wang tunai keseluruhannya bernilai kira-kira RM5.7 juta dalam dua serbuan di Balakong, Selangor dan Tangkak, Johor kelmarin.

Pengarah JKDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dalam serbuan di Balakong, pihaknya menahan 11 warga tempatan dan seorang lelaki berbangsa Siam berumur 22 hingga 48 tahun dipercayai anggota sindiket.

"Turut dirampas sebuah lori jenis Mitsubishi dan 13 buah kereta pelbagai jenama," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, kesemua suspek direman selama lima hari dan dua daripada suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau.

Lori digunakan untuk membawa rokok seludup sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan.
Lori digunakan untuk membawa rokok seludup sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan.

"Manakala di Tangkak, Pasukan Polis Marin Wilayah 2 (PPM2) menangkap dua lelaki berusia 28 dan 31 tahun selain turut merampas dua buah lori jenis Isuzu dan Hino serta sebuah kereta Proton Waja," katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek masing-masing direman 12 hari dan tiga hari bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat Seksyen 116 (c) dan Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!