Operasi Dadu: Enam individu ditahan
JOHOR BAHRU – Enam individu termasuk seorang wanita ditahan menerusi tiga serbuan secara berasingan dalam Operasi Dadu dan Judi Online yang dijalankan di kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, peralatan perjudian loteri awam tanpa lesen dan judi taruh haram serta wang tunai bernilai RM983 turut dirampas.
“Kesemua yang ditahan berumur 26 hingga 66 tahun. Mereka ditahan di lokap IPD Kulai untuk siasatan lanjut.
“Dua tangkapan akan dipohon reman di bawah Seksyen 4A(A) Akta Rumah Terbuka 1953 manakala empat tangkapan lagi akan dipohon reman di bawah Seksyen 6 Akta Pertaruhan 1953,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Beng Yeow berkata, operasi ini akan diadakan secara berterusan untuk mengekang aktiviti salah berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!