Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

[LIVE] Persepsi terhadap kerajaan baharu

04 Mac 2020 | Sinar Live Video
A
A
A

SETIAP ahli politik perlu cepat menangkis persepsi tidak benar yang tersebar di media sosial agar persepsi itu tidak berpanjangan kerana perkara itu boleh menumbangkan sesebuah kerajaan.

Penganalisis Politik dan Media Sosial Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Sara Chinnasamy berkata, ahli politik tidak boleh bersikap sekadar membaca dan berdiam diri tanpa mengambil apa-apa tindakan yang cepat.

Menurutnya, ahli politik juga perlu mempertingkatkan tahap literasi (celik) politik dan media sosial kerana kematangan politik mereka turut diukur menerusi hantaran atau status yang dimuat naik menerusi platform media sosial seperti Twitter dan Facebook.

Berita penuh: https://bit.ly/2TF97Id

Muzik: www.bensound.com