KAMI merujuk kepada laporan kami berjudul "POLIS TAHAN DATUK TIPU KES RM50 JUTA" yang disiarkan oleh kami pada 20 Februari 2020 yang lepas. Untuk makluman, mengikut fakta sebenar yang dikemukakan oleh peguam Datuk yang dimaksudkan dalam laporan tersebut, Datuk tersebut tidak ditahan untuk kesalahan pemerdayaan, penipuan, pengunaan sebarang dokumen palsu (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penyata akaun) atau penyamaran, baik sebagai pegawai bank ataupun penasihat pelaburan korporat. Sebaliknya, beliau hanya disoal siasat berkenaan dengan pelaburan ke dalam suatu entiti pelaburan yang sah di sisi undang-undang. Kami dimaklumkan segala pendapatan yang diperolehi Datuk tersebut telah diisytiharkan kepada pihak berkuasa yang relevan dan maka itu pendapatan yang diperolehinya adalah sah di disisi undang-undang. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk tersebut telah memberi kerjasama yang baik ketika siasatan dan reman lanjutan yang dipohon pihak polis telah ditolak oleh Mahkamah. Segala kesulitan amat dikesali.