Si cilik ketawa dengar bunyi bom selamat tiba di Turki

Salwa bersama bapanya menjadi tular di media sosial pada bulan lalu. - Foto Agensi
Salwa bersama bapanya menjadi tular di media sosial pada bulan lalu. - Foto Agensi
A
A
A

ANKARA - Seorang kanak-kanak perempuan Syria yang diajar bapanya supaya ketawa apabila mendengar bunyi letupan bom dilaporkan telah selamat tiba di Turki.

Rakaman video yang memaparkan keletah Salwa, 3, turut menjadi tular pada bulan lalu.

Agensi berita Anadolu melaporkan pemerintah Turki membantu keluarganya dari wilayah Idlib melintasi sempadan kira-kira seminggu selepas klip tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial.

"Mereka memasuki Ankara melalui sempadan Cilvegozu pada 25 Februari lalu dan dibawa ke kem pelarian di Reyhanli, selatan Turki," lapor akhbar itu lagi.

Bapanya, Abdullah Mohammad menggunakan idea unik tersebut untuk menghilangkan rasa takut pada anaknya.

Menurut Mohammad, 'permainan' tersebut membuatkan anaknya menjadi tenang dan gembira.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajar anak ketawa setiap kali dengar bunyi bom

"Kami cuba menyampaikan mesej kepada masyarakat antarabangsa melalui rakaman video tersebut. Kami sangat gembira kerana sudah tiba di Turki kerana Salwa akan dapat peluang untuk bersekolah.

Artikel Berkaitan:

"Saya berharap konflik di Syria akan berakhir tidak lama lagi untuk membolehkan kami pulang," ujarnya.

Difahamkan, Turki telah menjadi tuan rumah kepada kira-kira 3.7 pelarian Syria. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!