Belalang serang Pakistan

Golongan petani bergelut dengan serangan belalang yang telah memusnahkan hasil tanaman mereka di wilayah Punjab. -Foto AFP
Golongan petani bergelut dengan serangan belalang yang telah memusnahkan hasil tanaman mereka di wilayah Punjab. -Foto AFP
A
A
A

PIPLI PAHAR - Golongan petani di Pakistan kini bergelut dengan serangan belalang yang disifatkan terburuk dalam tempoh hampir tiga dekad.

Menurut PBB, hujan lebat dan siklon didakwa telah menyebabkan peningkatan populasi belalang yang luar biasa di Semenanjung Arab pada awal tahun lalu.

Sejak itu, serangga tersebut telah menyerang ladang dari Afrika Timur hingga ke India sebelum ia tiba di Pakistan melalui kawasan gurun selatan-barat bersempadan dengan Iran.

Krisis itu dilaporkan sangat teruk hingga menyebabkan pemerintah terpaksa mengisytiharkan kecemasan di seluruh negara dan merayu bantuan daripada komuniti antarabangsa.

Serangan belalang tersebut dikatakan telah menjejaskan hasil pertanian hingga mengakibatkan harga makanan meningkat secara mendadak.

Pegawai di wilayah Sindh bimbang keadaan itu akan memberi kesan kepada bekalan kapas menjelang musim menuai beberapa bulan akan datang.

Tinjauan terus dilakukan untuk menilai kemusnahan namun Dewan Pertanian Sindh mendakwa hampir separuh daripada tanaman telah musnah berhampiran bandar pelabuhan Karachi.

"Saya tidak pernah melihat serangan belalang seperti ini sepanjang karier saya," kata pegawai pertanian terlibat dalam usaha pembasmian serangga tersebut di perkampungan Pipli Paahr di wilayah Punjab. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!