[VIDEO] TikTok ceriakan hidup nenek penghidap kanser paru-paru
LOS ANGELES - Seorang nenek yang didiagnos kanser paru-paru menggunakan aplikasi TikTok untuk membantunya kembali ceria selain berkongsi perjalanan berjuang melawan kanser.
Linda Roper didiagnosis kanser paru-paru pada Oktober 2018 telah menjalani rawatan kimoterapi dan penyakit dialami itu sudah sampai ke tahap tidak boleh sembuh melalui pembedahan.
Berbekalkan semangat juang yang tinggi, dia membuka akaun TikTok pada Februari 2019 ketika berusia 70 tahun dan kini terkenal seluruh dunia dengan gelaran Grandma YoYo.
Linda sudah memiliki lebih 100,000 kenalan TikTok yang sentiasa memberi sokongan selain berkongsi perjalanan hidupnya dan mempamerkan kreativiti menerusi kraftangan.
Bermula dengan video berunsur kelakar, Linda mula terkenal dengan perwatakan ceria, positif dalam kalangan peminatnya.
Kebanyakan videonya meraih lebih 12 juta tontonan dan tanda suka daripada peminat menjadikannya bersemangat untuk berkongsi kata-kata positif kepada pesakit kanser lain supaya menjalani kehidupan yang lebih baik.
Bagaimanapun, pada Februari lalu, anak Linda mula mengambil alih tugas memuat naik video pada TikToknya kerana dia tidak lagi memiliki kekuatan untuk memegang telefon.
Bagaimanapun Linda sempat mengucapkan terima kasih kepada peminatnya kerana sentiasa memberi semangat untuknya terus berkarya.
Perjalanan hidup Linda turut dimuat naik di Twitter NowThis hingga menarik perhatian ramai dan mereka rata-ratanya bersyukur Linda menjalani ujian secara positif yang akhirnya membawa kepada kehidupan baharu.
After being diagnosed with inoperable lung cancer, 70-year-old ‘Grandma YoYo’ spent her final days becoming a TikTok phenomenon and showing the world how to live pic.twitter.com/CwnqXq64Rp
— NowThis (@nowthisnews) March 5, 2020
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!