PH Johor mohon sidang DUN khas

Aminolhuda Hassan
Aminolhuda Hassan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor akan memohon satu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas diadakan dalam masa terdekat.

Penyelaras PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, sidang DUN khas itu penting bagi membuktikan gabungan baharu kerajaan Johor di bawah Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan negeri baharu.

Justeru, PH akan menyerahkan surat permohonan berkenaan kepada Speaker DUN, Suhaizan Kaiat pada Ahad ini.

"PH Johor tidak menentang keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melantik Hasni sebagai Menteri Besar Johor.

"Tetapi kami berpendapat bahawa sebagai Menteri Besar, Hasni perlu ada tanggungjawab untuk mengadakan sidang DUN khas membuktikan beliau mempunyai majoriti membentuk kerajaan negeri baharu," katanya pada sidang media PH Johor di Pejabat ADUN Kota Iskandar di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PH Johor dakwa gabungan baharu tidak dapat sokongan majoriti

Pakatan Harapan tumbang di Johor

Sultan Johor minta ADUN pilih PH atau gabungan baharu

Artikel Berkaitan:

Pengerusi Amanah Johor dilantik penyelaras PH negeri

Menurut Aminolhuda, berdasarkan Peraturan Tetap Dewan Negeri Johor artikel 7 (1), Speaker Dewan mempunyai kuasa untuk menetapkan tarikh dan masa sidang khas itu diadakan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jimmy Puah Wee Tsee berkata, DUN adalah tempat paling sesuai untuk semua pihak menyatakan sokongan masing-masing terhadap kerajaan negeri yang baru.

"Saya rasa ini (langkah memanggil sidang DUN khas) adalah tindakan yang adil. Justeru, kita akan serahkan surat permohonan kepada Speaker pada Ahad jam 11 pagi untuk mengadakan sidang DUN khas," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!