Anak kembar Azhar Sulaiman cemerlang SPM

Leona (kiri) dan Rees cemerlang dalam SPM yang diumumkan hari ini.
Leona (kiri) dan Rees cemerlang dalam SPM yang diumumkan hari ini.
A
A
A

PELAKON Azhar Sulaiman berkongsi kegembiraan apabila anak pasangan kembarnya meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin masing-masing berusia 18 tahun merupakan anak hasil perkahwinannya dengan Chempaka Emalin Pahamin.

"Syukur alhamdulillah, kembar saya, Rees dan Leona telah berjaya dalam keputusan SPM mereka. Dua-dua pun sudah setuju untuk ambil jurusan undang-undang.

"Terima kasih 'zillion' kepada isteri saya, Chempaka yang sentiasa bekerja keras untuk anak-anak dan telah menjaga keluarga kita dengan baik.

"Awak ibu yang terbaik," tulisnya pada akaun Instagram miliknya hari ini.

Pada Instagram Leona, dia juga berkongsi keputusan SPM dengan kapsyen, "7As 1B+, saya rasa baik sahaja."

Bagaimanapun, Rees belum berkongsi keputusannya.

Leona yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Hartamas turut dihujani ucapan tahniah di ruang komen atas pencapaian terbaik dalam SPM 2019.

Artikel Berkaitan:

Selain pasangan kembar, Azhar Sulaiman turut mempunyai seorang lagi cahaya mata, Kasih Leia Ixora, 21.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!