PRK Cameron Highlands: KJ minta kita bersangka baik
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin secara sinis meminta rakyat Malaysia bersangka baik terhadap tindakan seorang wanita yang memakai baju berlogo PH mengagihkan wang di Cameron Highlands, hari ini.
Kata Khairy, mungkin wanita berkenaan memberi wang atas permintaan penerima yang mahu 'tukar wang kecil'.
"Brader tu minta kakak tu tukar duit kecil sebab nak beli strawberry Cameron Highlands. Husnudzon (bersangka baik)," ciapnya ditwitter.
Perkara itu turut mendapat reaksi Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar yang turut mempunyai pandangan yang sama dengan Khairy.
“Kakak ni cuma bagi duit minum, tunggulah kat pembuangan undi baru bagi wang besar sikit.
“Sekarang ni pancing dulu mood orang muda, kalau boleh tipu lagi baru masuk gear empat,” ciapnya ditwitter.
Hari ini tular di media sosial berhubung tindakan tindakan yang menunjukkan seorang wanita memakai baju dengan logo PH mengagihkan wang kepada beberapa pemuda yang memakai baju sama.
Tindakan itu pantas mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!