PKR lapor polis cubaan fitnah Anwar di Facebook

Kumara Guru (tiga kiri) menunjukkan laporan polis yang telah dibuat di IPD Alor Setar hari ini. Turut kelihatan Mohd Syauqi (kanan).
Kumara Guru (tiga kiri) menunjukkan laporan polis yang telah dibuat di IPD Alor Setar hari ini. Turut kelihatan Mohd Syauqi (kanan).
A
A
A

ALOR SETAR - Dua laporan polis dibuat berhubung tulisan fitnah ke atas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menawarkan ratusan juta ringgit kepada ahli Parlimen yang menyokongnya melalui laman sosial Facebook.

Laporan polis dibuat oleh Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Alor Setar ke atas seorang pengguna Facebook yang membuat dakwaan ke atas Anwar itu hari ini.

Timbalan Ketua Cabang PKR Alor Setar, V Kumara Guru berkata, pihaknya mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook berkenaan dan berharap tindakan tegas dapat diambil pihak berkuasa.

"Saya percaya penulis diupah membuat tuduhan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia mendakwa ada kalangan ahli Parlimen ditawarkan ratusan juta ringgit untuk melompat parti dan membentuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) 2.0," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di luar IPD Kota Setar hari ini.

Tangkap layar berhubung tulisan fitnah terhadap Anwar.
Tangkap layar berhubung tulisan fitnah terhadap Anwar.

Menurut Kumara, beliau menyedari mengenai tulisan fitnah tersebut selepas membacanya di medium tersebut pada jam 12.30 tengah hari di pejabatnya di Taman Bahagia, Alor Setar semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua AMK Alor Setar, Mohd Syauqi Md Sahimi berkata, fitnah dilemparkan itu jelas berniat jahat untuk mencemarkan kredibiliti Presiden PKR ketika saat negara berdepan dengan kemelut politik yang belum berakhir sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

"Sepatutnya perkara seperti ini tidak timbul dalam keadaan politik yang tidak stabil dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan secepat mungkin," katanya.

Menurut dakwaan itu, ahli Parlimen yang akan melompat dan menyokong PH untuk menubuhkan kerajaan dengan nilai RM100 juta dan nilai tawaran akan meningkat atau lebih mengikut latar belakang ahli Parlimen yang akan dibeli.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!