Anak Krakatau 'masih tidur'
JAKARTA - INDONESIA. Gunung berapi Anak Krakatau tidak menunjukkan sebarang peningkatan aktiviti vulkanik sejak tiga hari lalu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Indonesia masih mengekalkan status amaran Anak Krakatau iaitu daripada waspada kepada siaga.
"Kami tidak mengesan sebarang letusan sejak Khamis. Namun, status amaran Anak Krakatau masih pada tahap siaga.
"Mungkin esok atau lusa Anak Krakatau meletus kerana masih ada gegaran susulan di gunung tersebut," kata pegawai Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Mamay Surmayadi hari ini.
Tambah Mamay, pihak berkuasa memerlukan masa agak lama untuk menurunkan status amaran Anak Krakatau.
Justeru katanya, penduduk dinasihatkan untuk tidak berada pada jarak lima kilometer dari puncak gunung berkenaan.
"Mudah-mudahan Anak Krakatau terus 'tidur'. Kita tidak tahu bila ia meletus lagi kerana fasa letusan gunung itu panjang iaitu satu bulan hingga dua tahun," katanya. - Detiknwes
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!