Ahli politik Hispanik mahu cabar Trump
AUSTIN - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ahli politik Hispanik terkemuka telah mengumumkan rancangannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020 bagi menghalang Presiden Donald Trump meneruskan penggal kedua pentadbirannya.
"Saya adalah calon untuk presiden AS. Ada krisis kepimpinan hari ini. Trump gagal untuk menegakkan nilai bangsa kita yang hebat," kata bekas Setiausaha Perumahan dan Pembangunan Bandar (HUD), Julian Castro, 44 ketika membuat pengumuman itu di San Antonio, Texas, semalam.
Jika dilantik, Castro akan menjadi presiden Hispanik pertama dalam sejarah AS. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!