Pengusaha kedai runcit jual timun 10 sen sebiji!

Mohd Amin menjual timun dengan harga 10 sen sahaja.
Mohd Amin menjual timun dengan harga 10 sen sahaja.
A
A
A

BAGAN SERAI - Rezeki biar la kongsi bersama. Demikian kata-kata pengusaha kedai runcit di Taman Serai Permai Bagan Serai apabila menjual timun atau nama saintifiknya cucumis sativus dengan harga 10 sen sebiji.

Harga tak masuk akal, tetapi itulah dilakukan oleh Nor Amin Hassan, 29, di sini.

Baru mulakan perniagaan pada awal Mac, Nor Amin berkata, hasil tanaman timun itu turut dijual di pasar tani bagi tujuan menghabiskan lambakan stok timun di kedainya.

Saiz timun berbeza namun memiliki kualiti sama menarik perhatian para pelanggannya.
Saiz timun berbeza namun memiliki kualiti sama menarik perhatian para pelanggannya.

"Saya mula berniaga di kedai runcit hampir setahun, cuma kali ini hasil tanaman timun yang diusahakan oleh adik-beradik saya membuahkan hasil yang banyak.

"Jadi, saya tidak kisah jual dengan harga 10sen sebiji, itu pun sudah ada untung. Saya pun mahu berkongsi rezeki dengan sesiapa sahaja. Tiada niat untuk aniaya peniaga lain kerana niat saya baik untuk habiskan stok timun ini," katanya kepada Sinar Harian.

Mengakui kisahnya tular di laman sosial gara-gara menjual 10 sen sebiji timun, Nor Amin tidak menang tangan untuk melayan pelanggan yang berkunjung ke kedainya.

"Bila sudah tular kisah ini, ramai yang membeli, setakat hari ini, saya sudah menjual 12 bakul berisi timun dan berasa bersyukur.

Artikel Berkaitan:

Paparan Facebook Mohd Amin tular di laman sosial.
Paparan Facebook Mohd Amin tular di laman sosial.

"Setidaknya timun ini tidak rosak begitu sahaja dan tidak putus orang membeli," katanya harga pasaran tanaman timun sekitar RM2 atau RM3 sekilogram.

Katanya, setakat ini, stok tanaman timun masih dalam kuantiti yang banyak dan berharap ia dapat terjual dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Nor Amin memuat naik status di Facebooknya menguar-uarkan penjualan sebiji timun dengan harga 10sen sekali gus menarik perhatian netizen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!