Masuk gua balik wahai penyokong PH

Paparan Facebook Najib.
Paparan Facebook Najib.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas keputusan kerajaan meluluskan rundingan terus bagi perolehan buku teks Dual Language Programme (DLP) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Malah, beliau turut menyifatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ‘cakap tak serupa bikin’ selepas kerajaan memutuskan sedemikian.

“Senyap-senyap dia buat rundingan terus untuk buku teks DLP PT3 pada September. Tiada tender terbuka. Tahu kenapa?

“Dia kata cara rundingan terus ini memudahkan cara prosedur perolehan dan kewangan untuk memastikan kelengkapan pembelajaran dapat disediakan dengan baik.

“Lucu. Masuk balik gua wahai penyokong PH,” sindir beliau di laman Facebooknya.

Tambah Najib, sekarang timbul isu ketiadaan buku dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pula perlu mencari jalan penyelesaiannya.

“Sekarang dah timbul isu tiada buku, dia campak Maszlee ke laut suruh Maszlee pandai-pandai fikir jalan selamatkan diri.

“Tak ada elemen salah guna kuasa kan di sini? Lupa, asalkan ada logo Harapan semua okay, penyokong PH pun tepuk,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Pekan itu secara sinis turut mengucapkan tahniah kepada kontraktor dan PH sebelum mengakhiri catatannya.

“Apapun, tahniah kepada kontraktor, tahniah PH,” sindir beliau.

[ARTIKEL BERKAITAN: KPM jawab bekalan buku Mathematics dan Science DLP yang masih tidak ada - ini alternatifnya]

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan khas bagi permohonan melaksanakan perolehan buku teks DLP PT3 secara rundingan terus pada September tahun lalu.

Langkah itu dibuat bagi memastikan keperluan pelajar dapat dipenuhi segera selari dengan matlamat kementerian yang begitu mementingkan kebajikan pelajar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!