Ditahan gara-gara jual topeng muka mahal di Indonesia

Iskandar F Sutisna (dua dari kiri) bersama pegawai lain menunjukkan topeng muka dan pencuci tangan yang dirampas. - Foto Agensi
Iskandar F Sutisna (dua dari kiri) bersama pegawai lain menunjukkan topeng muka dan pencuci tangan yang dirampas. - Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Tiga penduduk di Semarang, Indonesia ditahan kerana menyimpan topeng muka dan cecair pembasmi kuman untuk dijual pada nilai hampir sembilan kali ganda lebih tinggi berbanding harga asal.

Jurucakap polis Jawa Tengah, Senior Komisioner Iskandar F Sutisna berkata, suspek yang dikenali sebagai A, 45, M, 25 dan AU, 45, menjual produk mereka di Facebook dan turut berkongsi maklumat untuk dihubungi.

"Kami merampas 4,000 topeng muka dan cecair pembasmi kuman sebagai bukti. Sekotak topeng biasanya dijual antara 30,000 Rupiah (RM8.82) hingga 40,000 Rupiah (RM11.76). Tetapi mereka menjualnya pada harga 275,000 Rupiah (RM80.82).

"Orang ramai mula panik apabila ia habis dijual di kedai dan tiada pilihan lain selain terpaksa membelinya daripada suspek," katanya seperti dilaporkan Jakarta Post.

Suspek didakwa di bawah Artikel 107 Undang-Undang No. 7/2014 berkaitan Perdagangan yang membawa hukuman maksimum penjara selama lima tahun dan denda 50 bilion Rupiah (RM15 juta).

Mereka juga dituduh melanggar Undang-Undang Perlindungan Pengguna 1999. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!