Kementerian Pembangunan Luar Bandar pertahan tindakan AIM

Rina (tengah) pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Pembangunan Luar Bandar dengan Exco Luar Bandar, hari ini.
Rina (tengah) pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Pembangunan Luar Bandar dengan Exco Luar Bandar, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Pembangunan Luar Bandar mempertahankan tindakan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) melantik pengurusan baharu termasuklah pengerusinya, Datuk Junaidah Kiting.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, sebanyak 99 peratus peminjam atau Sahabat AIM ialah golongan wanita.

“Sudah pasti pengerusinya jika dilantik seorang wanita, malah seorang usahawan ia akan dapat lebih mendekatkan diri dengan golongan peminjam ataupun dipanggil sebagai sahabat.

“Dia (Pengerusi AIM) akan lebih mendekati dan juga merasai,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Pembangunan Luar Bandar dengan Exco Luar Bandar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengasas AIM, Prof Sukor Kasim yang menyelar tindakan melantik pengurusan terbaru selain mendakwa ia berdasarkan kronisme.

Rina berkata, pelantikan Pengerusi AIM dibuat lebih kepada kelayakan dan latar belakang yang diambil kira, bukannya kerana kronisme.

“Saya rasa ia bukan masalah kronisme, tetapi ia lebih kepada kelayakan seseorang itu. Latar belakang usahawan yang bertatih daripada bawah hingga mendapat kejayaan,” katanya.

“Selain itu. kalau nak dikatakan sekarang peranan AIM ini sudah jauh beza di bawah PH, itu adalah dakwaan yang tidak wajar. Kita baru sahaja dalam lapan bulan (mentadbir kerajaan) sedangkan AIM ini sudah ditubuhkan begitu lama sekali,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kerajaan juga sudah menyemak beberapa anak syarikat di bawah AIM dan semua isu serta penyalahgunaan sudah ditekankan untuk ditambah baik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!