Polis temui kontena berisi dadah
IPOH - Polis berjaya mematahkan cubaan pengedaran dadah selepas berjaya menahan sebuah lori kontena mengandungi ratusan kilogram dadah dipercayai jenis syabu dalam satu operasi di KM249 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Hentian Taiping, semalam.
Kenderaan berat dalam perjalanan ke arah utara itu ditahan selepas melalui satu sekatan jalan sekitar jam 3.40 petang.
Difahamkan, hasil penggeledahan dalam kontena berkenaan menemui beberapa kotak mengandungi dadah jenis syabu.
Anggaran berat syabu tersebut dipercayai seberat 500kg.
Kejayaan penahanan kontena itu tular di media sosial, bagaimanapun satu sidang media berkenaan kes berkenaan akan dibuat di Bukit Aman, esok.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!