Polis buru pemandu tunjuk isyarat lucah, meludah

Polis giat mengesan seorang lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kejadian buli jalan raya di Jalan Teknologi Seksyen 6 Kota Damansara, Petaling Jaya.
Polis giat mengesan seorang lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kejadian buli jalan raya di Jalan Teknologi Seksyen 6 Kota Damansara, Petaling Jaya.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis giat mengesan seorang lelaki selepas dipercayai terlibat dalam satu kejadian buli jalan raya di Jalan Teknologi Seksyen 6 Kota Damansara di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu iaitu seorang pelajar berusia 22 tahun pada jam 4.45 petang semalam.

"Pengadu mendakwa ketika dia memandu di lokasi kejadian, telah berlaku perselisihan faham ketika hendak menukar lorong hingga menyebabkannya membunyikan hon beberapa kali.

"Siasatan masih dijalankan dan polis sedang giat mengesan untuk menangkap lelaki terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Terdahulu, tular video di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp memaparkan tindakan seorang lelaki yang meludah serta menumbuk kereta pengadu.

Pemandu lelaki terbabit juga dilihat menunjukkan isyarat lucah.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!