Tular hakim pula dijangkiti Covid-19 tidak benar

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menafikan dakwaan terdapat Hakim Mahkamah Kuala Lumpur dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19).

Pengarah Unit Komunikasi Korporatnya, Suzarika Sahak berkata, dakwaan tersebut tidak benar.

"Berita itu tidak benar," katanya ringkas kepada Sinar Harian melalui aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, mengulas mengenai pekeliling yang turut tersebar melalui aplikasi WhatsApp, Suzarika berkata, ia adalah sebagai langkah pencegahan.

"Kes didengar di mahkamah terbuka itu adalah langkah pencegahan," katanya.

Terdahulu, satu pesanan menerusi WhatsApp daripada individu tidak bertanggungjawab menyatakan salah seorang hakim dan jurubahasa mahkamah tersebut dijangkiti wabak berkenaan menjadi tular.

Selain itu, satu pekeliling dikeluarkan supaya semua pengurusan kes yang membabitkan kehadiran pihak-pihak di mahkamah dan sebutan kes di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di Semenanjung Malaysia perlu didengar di mahkamah terbuka berkuat kuasa hari ini.

Kesemua kes mediasi yang membabitkan kehadiran pihak-pihak di mahkamah ditangguhkan sehingga arahan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Setakat jam 12 tengah hari semalam, seramai 55 kes positif Covid-19 direkodkan yang mana 22 kes telah pulih dan 26 kes sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!