Polis buru suspek pecah masuk sekolah
KAJANG - Polis sedang giat memburu suspek terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah sekolah menengah, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 8.56 pagi tadi daripada pengawal keselamatan sekolah terbabit.
"Kejadian itu disedari semasa pengawal keselamatan terbabit membuat rondaan dan mendapati pintu pejabat bilik guru diumpil selain keadaan berselerak.
"Pemeriksaan mendapati satu pembesar suara dan wang tabung berjumlah RM40 telah hilang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, siasatan masih dijalankan dalam usaha mengesan suspek terlibat.
Katanya, orang ramai yang ada maklumat berhubung kejadian disaran tampil untuk memberikan keterangan atau boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Fudail di talian 011-23778963.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!