Duterte pecat ketua polis dikaitkan dengan dadah

Ketua Polis Bacolod City, Francesco Ebreo (tengah) dipecat selepas didakwa terbabit aktiviti pengedaran dadah.
Ketua Polis Bacolod City, Francesco Ebreo (tengah) dipecat selepas didakwa terbabit aktiviti pengedaran dadah.
A
A
A

MANILA - FILIPINA. Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memecat ketua polis Bacolod City, Francisco Ebreo dan empat pegawai kanannya selepas kesemua mereka didakwa terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

Kesemua pegawai terbabit dipecat serta-merta di hadapan ratusan tetamu yang hadir pada majlis meraikan ulang tahun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Vallacar Transit Incorporated, Leo Rey Yanson di sebuah hotel terkemuka di Bocolod City, semalam.

"Saya ingin tahu adakah ketua polis ada di sini? Jika anda di sini, silakan berdiri kerana anda telah dipecat.

"Disebabkan pembabitan kamu dalam aktiviti dadah, rakyat Bacolod sengsara. Jadi saya gugurkan jawatan anda buat masa sekarang," kata Duterte.

Duterte mengarahkan kesemua pegawai terbabit untuk bertemunya di Istana Malacanag pada jam dua petang (waktu tempatan) esok bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Polis Wilayah Visayas Barat, John Bulalacao mengesahkan bahawa nama lima pegawai terbabit dalam pemantauan namun tiada bukti mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti penjualan dan pengedaran dadah di bandar berkenaan.

Ini bukan kali pertama Duterte bertindak mendedahkan nama pegawai yang terlibat aktiviti dadah secara terbuka.

Beliau sebelum ini menamakan beberapa pegawai tempatan, anggota polis dan beberapa hakim atas pembabitan dengan pengedaran dadah serta menggesa mereka supaya menyerah diri.

Artikel Berkaitan:

Duterte, 73, menang pilihan raya pada Mei 2016 dengan janji membunuh berpuluh-puluh ribu penjenayah untuk menghalang Filipina daripada menjadi sebuah negara dadah. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!