Nik Nazmi baru sedar dari lamunan mimpi?

Nik Nazmi
Nik Nazmi
A
A
A

TUAN Guru Presiden PAS mengemukakan cadangan pembentukan kabinet baharu kepada Perdana Menteri “supaya individu yang dilantik untuk menganggotai Jemaah Menteri adalah terdiri daripada kalangan yang berintegriti, berkelayakan, dan berkemahiran, serta mewakili masyarakat majmuk” (kenyataan media 4 Mac 2020).

Bahkan semalam 6 Mac 2020, Presiden mengulangi sekali lagi bahawa, “saya tegas dalam pertemuan dengan YAB Perdana Menteri semalam - PAS istiqamah, konsisten dengan pendirian kita memilih anggota kabinet yang punya integriti, yang bersih, yang berkepakaran, kalangan ahli politik dan kalangan profesional kerana kita mahu menyelamatkan negara.”

Juga ditegaskan, “kita harap semua pihak menghormati proses kehakiman. Jangan kita jadikan media sosial (sebagai) keputusan mahkamah. Itu tidak boleh, biar mahkamah buat keputusan.”

Perikatan Nasional berjaya menyelamatkan negara dari kemelut politik, maka terserahlah kepada mahkamah untuk menentukan keputusannya.

Cuma beberapa persoalan kepada saudara.

Adakah Saudara sedar bahawa banyak kes melibatkan rasuah di kalangan pemimpin PH semasa memegang tampuk pemerintahan digugurkan dan dibebaskan begitu sahaja? Adakah ini neraca keadilan bagi PH?

Adakah ini suatu integriti palsu yang cuba dilaungkan bagi menyembunyikan perpecahan dalaman parti PH sendiri?

Kalau rumah berdinding kaca, jangan melontar batu kepada orang lain nanti pecah dinding rumah kamu.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan Abdul Hadi tidak bertanggungjawab: Nik Nazmi

* Abdul Malik Ab Razak ialah Setiausaha Akhbar Presiden PAS

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!