Rundingan OPEC gagal, harga minyak dunia merudum
NEW YORK - Harga minyak mentah dunia merudum ke paras terendah pada Jumaat selepas perjanjian antara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara sekutu diketuai Rusia, menemui jalan buntu, lapor agensi berita Xinhua.
West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran April menurun AS$4.62 atau 10.07 peratus, pada harga AS$41.28 setong di New York Mercantile Exchange.
Minyak mentah Brent untuk penghantaran Mei merosot AS$4.72 atau 9.44 peratus, kepada AS$45.27 setong di London ICE Futures Exchange.
Mesyuarat yang diadakan di Vienna itu berakhir tanpa sebarang kata putus mengenai tawaran tambahan pengeluaran.
Pada Khamis, OPEC mencadangkan pengeluaran tambahan sebanyak 1.5 juta tong sehari mulai awal bulan depan hingga akhir tahun ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!