Tulang manusia prasejarah Gua Niah
KUCHING - Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (dua, kanan) melihat artifak bersejarah tulang manusia prasejarah Gua Niah lebih 40,000 tahun lalu yang tiba di bangunan MAS Cargo Kuching pagi ini menggunakan pesawat Singapore Airline dari Florida Amerika Syarikat.
Untuk rekod, tulang-tulang ini ditemui pada tahun 1950-an oleh pasukan penyelidik yang diketuai oleh Kurator Muzium Sarawak pada ketika itu Tom Harrison.
Kesemua 122 fragmen tulang berkenaan telah diekskavasi dari Gua Niah Miri bermula penghujung 1950-an hingga awal 1960-an.
- Foto BERNAMA
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!